Friday, 10 April 2009

CARI DUIT DENGAN INTERNET



10 Tips Cara Bisnes Online Yang Praktikal
Ketahui Model Ebiz yang Bersesuaian
Istimewa Tips daripada Mentor Jutawan Siber
Sumber info ebiz percuma !


Disediakan oleh :
Sobrie Dani


Assalamualaikum wrt dan salam ceria !
Hai teman... apa kabar ? Harap semuanya sihat dan hebat selalu..


Ebook ini bukanlah bertujuan untuk bersaing dengan memana “infoproduct” lain atau yang
sama dengannya. Ia adalah salah satu bentuk penyampaian demokrasi maklumat yang
kita boleh berkongsi untuk manfaat semua. Tujuan ianya ditulis untuk meng’ebook’kan isi
kandungan yang penting dalam bahasa Melayu iaitu berkisar mengenai cara buat duit yang
terbukti telah berjaya dan banyak orang ambil faedah dari peluang di internet.
Tiada unsur-unsur scam investment atau skim cepat kaya dalam ebook ini, jika anda inginkan
ebook skim cepat kaya maka eloklah anda berhenti membaca tulisan ini dan boleh mencari
bahan yang lain. Untuk makluman, skim cepat kaya melalui pelaburan internet menempa
sejarah di Malaysia di mana berjuta-juta ringgit telah dihanguskan di luar negara.
Semua laman web berkisar pelaburan internet yang tidak mendapat kelulusan SC
(suruhanjaya sekuriti) telah ditutup secara berperingkat. Ini satu perkembangan positif dan
agak luar biasa memandangkan kerajaan terpaksa buat apa saja bagi melindungi pasaran
modal dalam negara.


Dalam mencari rezeki halal melalui Internet ini, saya akan menggariskan beberapa
tips mudah yang mana semua orang mampu lakukannya. Tips tersebut saya huraikan
secara umum & bersahaja yang mana selebihnya terpulang pada anda untuk ‘explore’
lagi memana yang berkaitan. Sesetengah orang mempunyai keunikan tersendiri, minat
yang berbeza dan cenderung membuat sesuatu terhadap apa yang difikirkannya suka.
Macam saya yang terlibat dalam dunia grafik digital termasuk DTP artist, web
development & internet solutions, multimedia & animation semua ini merupakan bertitik
tolak daripada minat yang mendalam pada ICT. Apabila kita lakukannya dengan penuh
‘passion’ atau ghairah ia sebenarnya memberi kekuatan yang tidak terduga.
Pernah saya bekerja di workstation berjam-jam lamanya semata-mata nak siapkan
website client, dan hasilnya mereka puas hati sehingga 5 tahun berturut-turut saya tetap
menjaga 3 jenis website bersama mereka. Begitu juga dengan membuat jualan produk
berkaitan grafik yang memberi pulangan lumayan berpuluh kali ganda daripada kos asal,
semua ini dijual secara online. Ia memberi kepuasan yang hebat, dan inilah peluang yang
seharusnya kita cari jika ia membuatkan kita gembira.
Kerja bukan lagi semata-mata kerja, ia sudah menjadi hobi.. Bila ini berlaku ia akan
membawa hidup yang lebih ‘hidup’.. Alami kehebatan membuat duit secara online adalah
satu keistimewaan zaman era siber kini. Tidak perlu terpenjara dari pukul 8 hingga 5 di
pejabat, tak perlu alami kesesakan traffic jam, tak perlu buang minyak kereta awal pagi,
tak perlu dileteri bos, tak perlu tunggu gaji cukup bulan, ada duit anytime, malah boleh
print-on-demand money from your atm.. caranya kenalah anda pelajarinya dari
sifoo atau mentor jutawan siber yang dah berjaya.


Bagi mereka yang sudah bertahun-tahun bergelumang dengan keusahawan cyber
(cyberpreneurship) sudah tentu akan memahami selok belok buat duit di Internet. Ia
adalah ibarat lautan, di mana lubuk ikan kita perlu tahu bagaimana untuk mencarinya.
Kemudian menggunakan umpan dan peralatan yang mencukupi utk mendapat hasil
tangkapan yang baik. Pemahaman yang mendalam pada situasi dan trend lautan juga
amat penting, kapten atau nakhoda kapal sure tak mau kapalnya karam dek ujian gelora
lautan yang sukar diduga.
Begitulah metafora simple yang boleh kita ketahui ttg Internet. Tak semua perkara
boleh menjanjikan keuntungan/kejayaan yang ekspress. Kesemuanya mempunyai risiko.
Sama ada kita berani atau sebaliknya. Tetapi dalam menjalankan perniagaan berasaskan
Internet adalah lebih mudah daripada perniagaan realiti. Ia tidak memerlukan kos yang
tinggi. Cukup dengan akses Internet dan beberapa model Ebiz yang sesuai anda sudah
boleh “generate money online” dengan mudah.
Setiap pengetahuan dan pengalaman kita alami sendiri dalam dunia Internet akan
mendewasakan pemilihan keputusan yang dilakukan. Misalnya keperluan terhadap
domain dan hosting adalah cukup bagus berbanding free web hosting. Penggunaan
blogger.com dan wordpress.com lelama nanti akan tidak relevan bila bisnes anda
berkembang. Sure orang mahu lihat perubahan yang lebih matang, at least ada web
domain.com sendiri.
Saya dulu pada tahun 2000 bertuah ditemukan dengan seorang mentor dan expert
dalam web hosting provider. Beliau mengajar saya percuma dari A to Z tentang web
development terutamanya dalam bab teknikal domain dan hosting. Saya rasakan apa
yang diajarnya itu cukup mudah dan jika anda baru pertama kali nak buat dan beli
domain.com sendiri sure boleh dapat dalam beberapa jam sahaja. Tak perlu masuk
class web development beribu ringgit di Cosmopoint atau LimKokWing atau MMU
menghabiskan masa bertahun-tahun untuk semata-mata sebuah domain.com


Di dalam Internet apa yang penting adalah belajar mentor, sifoo atau memana
individu yang terbukti mempraktikkan business online. Bukan sekadar cakap sahaja
tetapi dia mempunyai portfolio, produk dan servis yang telah berjaya. Dengan pengetahuan
bertahun-tahun sifoo dan mentor tersebut kita boleh serap dan kuasainya dalam masa
yang singkat sahaja. Saya praktikkan ini sejak 7 tahun yang lalu dan sehingga kini telah
berjaya mempunyai berpuluh website, 3 jenis produk baru yang dah jadi hot items dan
servis perkhidmatan “web design company” yang mempunyai jaringan dari dalam dan
luar negara.
Buat pertama kalinya saya buka keahlian untuk pelajari ebiz secara percuma di
RahsiaEbiz.Com pada awal tahun 2007 dan implikasinya cukup besar sekali dalam
membuka peluang kepada orang lain. Banyak protégé dan ahli saya secara amatur
berjaya mencipta ruang dan peluang dalam Ebiz, malah berjaya membuat website
untuk selebriti TV yang mana saya sendiri tidak menjangka mereka akan pergi sejauh
itu. Ini khusus saya tujukan kepada saudara Bibsprop yang telah mengimplementasikan
konsep Ebiz yang telah saya cuba gariskan melalui beberapa siri pertemuan tidak rasmi
dengannya. Memandangkan beliau cepat faham dan boleh mencari pelanggan sendiri ini
adalah satu kejayaan yang membanggakan.
Semua orang mempunyai ciri-ciri unik masing-masing. Apa yang penting dalam apa
jua bisnes sekalipun anda perlu ‘mengenali’ diri sendiri. Di mana keistimewaan anda, di
mana minat dan hobi anda, apa yang anda suka, apa yang anda nak tahu dan adakah
sanggup untuk buat apa saja untuk bisnes ini. Selagi anda praktikkan kaedah SWOT
Analysis sepertimana yang saya posting dalam web RahsiaEbiz sure akan lebih
memudahkan membuat pilihan niche yang menguntungkan. Kaedah ini merupakan
strategic planning tools yang diamalkan oleh multi-national company seperti Microsoft,
Dell, Apple dan sebagainya. Adalah amat praktikal kita gunakannya untuk memilih niche
yang strategik dan serasi dengan keupayaan diri kita.



Sebagai mengakhiri mukaddimah salam bicara panjang saya kali ini, sama-sama lah kita
renungkan kata-kata azimat Sir Francis Bacon seorang ahli falsafah yang terkenal..
“ A wise man will make more opportunities than he finds... ”
Saya turut copy paste mutiara kata ini dalam profil rahsiaebiz.com sebagai manfaat
bersama. Ia mengandungi erti yang tinggi nilainya.. Semoga apa jua pengetahuan di
dalam memana website mahupun dalam ebook ini akan memberi manfaat terutamanya
meningkatkan ekonomi & taraf hidup dengan usaha buat duit dan cari duit secara
online.
Jangan lupa sebarkan ebook ini kepada orang lain, anda boleh jual dan edarkan kepada
sesiapa sahaja yang anda suka. Membaca sambil buat duit dengan Internet !


* Anda digalakkan print-out ebook ini untuk memudahkan pembacaan.
* Text yang bergaris (underline) berwarna pink adalah hyperlink yang boleh dilayari
sekiranya ada akses internet.


10 TIPS MUDAH BUAT DUIT DAN CARI DUIT DI INTERNET


Dasawarsa ini terlalu banyak bahan bacaan mengenai bagaimana
mencari duit sampingan melalui internet ataupun ketahui rahsia-rahsia menjana
pendapatan dengan internet. Dengan melalui strategi yang betul dan usaha
yang berterusan kita pasti dapat memanfaatkan internet sebagai satu ‘medan’ bisnes
yang cukup menguntungkan, oleh itu ikuti 10 tips buat duit dan cari duit dengan Internet
yang diringkaskan daripada pengalaman saya untuk manfaat kita bersama. Antara yang
terbaik boleh dilakukan bagi menjana pendapatan anda secara online ialah :
1. Menyertai Affiliate Programe
Affiliate program adalah yang paling mudah untuk menjana duit sampingan anda.
Dengan hanya register sbg affiliate/agent anda akan dapat komisyen dari setiap jualan
yang dibuat.
Anda hanya perlu promosikan produk/servis melalui link, url, ads banner tanpa
menanggung sebarang risiko kerana ia akan ditanggung oleh company yang
menawarkan affiliate tersebut. Cara promosinya adalah lebih bebas termasuklah melalui
email, groups, blog atau web malah dalam instant messenger seperti YM, MSN & ICQ
dan MIRC. Bagi mereka yang expert boleh buat guna Google Adwords atau YPN.
Antara sifoo-sifoo atau mentor jutawan affiliate dunia adalah seperti Ewen Chia yang
berjaya mempromosikan affiliate produk jutawan John Reese dalam masa seminggu
bernilai hampir beratus ribu dollar US. So sekiranya anda ingin mencuba sepertimana
mereka boleh try di tempat yang sesuai antaranya seperti :
Buat Duit & Cari Duit d e n g a n i n t e r n e t
10 Tips Muda h
RahsiaEbiz.Com 2007
BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET
1. Clickbank.Com
2. Commission Junction
3. Amazon.Com
4. Exabytes.Com.My
5. AdikBijak.Com
6. IdeaBisnesLuarBiasa.Com
7. MasKahwin.Com
8. Lain-lain review pelbagai affiliate programme di sini
2. Jual Produk Sendiri
Sekiranya anda mempunyai produk atau servis perkhidmatan anda sendiri bolehlah
mencuba untuk menjualnya di internet. Ini kerana kelebihannya anda boleh
mengetahui harga kos sebenar, boleh markup price mengikut kesesuaian kerana anda
yang menjualnya sendiri. Antara contoh menjual produk dan servis ialah seperti menjual
kerongsang, gelang, buku, cd/kaset, cincin, jam, ebook, software, hosting, design service
dan lenlain yang berpotensi. Apa yang anda perlu untuk realisasikannya ialah dengan
marketing melalui website rasmi anda.
Konsep marketing melalui website ataupun minisite memerlukan strategi yang berkesan.
Antaranya anda boleh baca lebih lanjut artikel saya berjudul Cara Buat Landing Page
atau Web Minisite Yang Menguntungkan.
Sekiranya anda ‘newbie’ hendak tahu lebih lanjut utk membangunkan web anda
sendiri bagi memasarkan produk anda secara online sila hantar request anda pada
Bibsprop kerana beliau menawarkan diskaun istimewa untuk pakej web Ebiz. Untuk
membangunkan web hanya cukup mudah sekiranya anda sudah bermula dengan
domain com/net/org dan hosting yang sesuai dgn modal anda.
RahsiaEbiz.Com 2007
BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET
3. Menjual secara ‘Drop Ships’
Drop Ships ini ialah satu perancangan anda melalui pembekal (provider) dalam menjual
produk mereka di internet pada harga yang telah di’mark up’ utk mengambil untung atas
angin. Contohnya Cik Siti mempunyai webnya sendiri telah mempromosikan produk Total
Skin Care Package pada harga RM150 dan caj RM10 bagi delivery (jumlah kesemuanya
RM160).
Apabila customer membelinya secara online di web Cik Siti produk tersebut dgn harga
RM160 (termasuk delivery), dengan itu Cik Siti akan proceed melalui pembekal dengan
order yang mana akan dihantar produk tersebut kepada pembelinya tadi. Sedangkan
harga kos produk tersebut hanyalah RM100 dan Cik Siti dapat untung atas angin RM50
dgn kaedah drop ships di atas tanpa menanggung kos produk & delivery. Kaedah ini
untung atas angin ini sangat mudah, apa yang perlu ialah mengambil order
customer yang selebihnya diserahkan kepada pembekal (supplier). Mungkin boleh cuba
selanjutnya dengan melayari laman web DropShipSites.Com dan beberapa artikel
berkaitan dengannya.
4. Buat Kerjasama Strategik
Inilah yang saya lakukan bagi menjimatkan kos dan masa. Kita wat JV (Joint Venture)
atau kerjasama strategik dengan individu/company tertentu dalam mencapai matlamat
bisnes online kita. Contohnya anda tidak tahu buat website tetapi anda boleh buat
pakatan strategik dengan mana-mana web developer utk membangunkan web anda
dengan perkongsian keuntungan yang dipersetujui.
Dengan ini anda boleh fokuskan kepada idea bisnes dan marketing strategy manakala
rakan kerjasama pula yang membangunkan web sepenuhnya. Dgn ini kita mampu
menjimatkan kos, masa dan tenaga.
Dengan mempelbagaikan rakan kerjasama dalam sesuatu bisnes sama ada aspek
marketing, production, development etc anda akan mempunyai team yang mantap dan
membolehkan bisnes anda berkembang dengan lebih baik.
RahsiaEbiz.Com 2007
BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET
Selain itu anda juga boleh buat JV dengan company yang menawarkan komisyen bagi
setiap jualan produk/servis mereka, ia adalah mudah kerana ia sekadar menyedia
tempat iklan produk di website kita dan mengambil order bagi produk mereka yang boleh
memberikan komisen yang lumayan. Saya telah menjimatkan kos beribu dollar USD
melalui JV dengan client luar negara yang memberi ruang dan peluang kepada akses
resources web & software development serta testimonial yang sedikit sebanyak
meningkatkan imej dan reputasi Softhands Creative Studio.
Kesemua resources hasil daripada kerjasama strategik dengan client luar negara dapat
meningkatkan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang yang belum kita kuasai.
Misalnya anda tidak mempunyai kepakaran di dalam PHP programming namun boleh JV
dengan beberapa web programmer yang sudi bekerjasama dan mengambil untung atas
dasar profit-sharing dan seterusnya menjadikan sesuatu project itu bersifat lebih kepada
“win-win situation”.
5. Menjual Ruang Iklan
Sekiranya anda mempunyai website yang tinggi hits trafik pengunjung atau opt-in email
anda boleh pertimbangkan untuk servis pengiklanan. Contohnya seperti laman web
utusan.com.my dan juga bharian.com.my yang mempunyai lebih 1 juta hits sehari mampu
menjana pelanggan untuk sesuatu produk atau servis. Dengan itu mereka dpt menjual
ruang iklan berbayar yang cukup lumayan serta menjadi tumpuan jutawan internet
marketers seperti Dr. Irfan Khairi dan lenlain company yang mempromosikan produk
mereka.
Pada tika ini anda dapat memanfaatkan segala kelebihan hits trafik pengunjung di web
anda atau opt-in list email yang berwibawa untuk menjana pendapatan mudah. Salah
satu konsep web yang berkaitan ruang iklan ialah anda juga boleh mengambil idea dari
MyKedai2u.Com, ataupun jika anda pernah melayari web MillionDollarHomepage.Com
yang mana ia sangat terkenal dan menjadi lagenda di dalam sejarah internet kerana
berjaya menjual sejuta ruang pixel iklan di website !


6. Jana Peluang Pendapa tan Dengan Contextual Advertising
Ini adalah satu program buat duit dengan mudah melalui contextual advertising seperti
mana yang disediakan oleh Google Adsense.
Sebagai contoh contextual advertising bersama Google Inc yang merupakan syarikat
gergasi dalam internet search engines.. Anda hanya perlu sign up google adsense dan
implementkan code adsense dalam website anda. Contoh yang paling mudah ialah
gunakan blogspot atau web anda sendiri dgn menepati syarat-syarat yang ditentukan
google, boleh baca ebook istimewa Google Adsense Secret untuk lebih lanjut. Contoh
laman web rakyat Malaysia yang berjaya mengimplementasikan google adsense ialah
seperti di Osx-e.Com.
Sekiranya anda mencari alternatif selain daripada Google Adsense boleh juga try
contextual advertising seperti :
• TargetPoint
• RevenuePilot
• Veoda
• ValueClickMedia
• Yahoo Publisher Network
• Bidvertiser
• Clicksor


7. Buat Blog
Sekarang ni ada banyak orang buat blog untuk mencari perhatian orang. Di sinilah
kekuatannya, yang mana anda juga boleh meniru mereka menjana pendapatan dgn
melalui blog... Contohnya blog afdlinshauki.blogspot.com yang cukup menarik kita lihat
ia mempromosikan produk filem dan karyanya yang terkini. Bagi saya blog afdlin shauki
mempunyai auranya tersendiri apabila dibaca dan diikuti oleh berjuta rakyat malaysia
dgn kerenah Chief Kodoknya itu.. Itu satu pendekatan yang murah, fleksibel dan efisien.
Bagi anda juga boleh membuat blog sendiri di www.blogger.com dan ianya percuma.
Start sumthing new with ur blog, carilah idea untuk diri anda dan promosikan blog
anda pada org lain sehingga mendapat perhatian.. Apabila mendapat attract banyak
visitor dan mempunyai traffic yang besar bolehlah memanfaatkan teknik buat duit dengan
Contextual Advertising dan juga buat ruang pengiklanan atau jual produk sendiri
sepertimana yang saya pernah jelaskan dalam cara ke 2, 5 dan ke 6 di dalam ebook ini.
Contoh rakyat Malaysia yang buat duit dengan blog ialah seperti :
• LiewCF.Com
• Jeefooi.com
• Kennysia.Com
• Sabahan.Com
• SapiensBryan.Com
RahsiaEbiz.Com 2007
BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET
8. Develop Portal & Community
Sekiranya anda mempunyai skills kepakaran website yang baik atau membuat
kerjasama dengan org yang mempunyai skills dlm web development sudah tentu anda
boleh mencipta sebuah portal dan komuniti untuk menjana pendapatan di sebalik free
services di dalam portal tersebut. Mengapa portal dan komuniti? Ini kerana dengan
melalui portal & komuniti kita boleh menyediakan pelbagai ruang utk free services
dan activity online seperti online discussion forum, downloads, resources, articles,
advertising, promotion, viral marketing dan lenlain elemen yang cukup banyak
menguntungkan dari segi jangka masa panjang...
Contoh portal dan komuniti yang berjaya ialah seperti Cari.Com.My, Jiwang.Org dan
Terato.Com ... kini mereka telah mempunyai 40 ribu lebih ahli dan mempunyai hits
trafik yang tinggi kerana pelbagai xtvt online & resources di dalam forum dan portal.
Di situ mempunyai tumpuan orang setiap hari dengan pelbagai isu, mempunyai jaringan
network sesama ahli dan boleh mengetahui sesuatu peluang bisnes sesama ahli. Mmg
hebat penangan portal komuniti ini jika kena caranya.. Sebagai contoh mudah jika
20ribu ahli derma RM1.00 dalam masa 2 minggu, sure dapat income Rm20k tak sampai
sebulan! .. Ini adalah kekuatan yang ada pada sesebuah portal besar ahlinya..
9. Jana Peluang Melalui Auction Site
Auction Site ataupun laman web yang menyediakan kemudahan lelongan. Contoh
auction site seperti Ebay, Yahoo Auction, Lelong.Com.My dan banyak lagi.. Di laman
web lelongan ini anda boleh memulakan bisnes lelong anda tak kira apa jua jenis barang
sekalipun. Ada org berjaya lelong henset yg rosak dgn harga yg tinggi, ada juga yg lelong
barang terpakai seperti baju dan buku serta lain2 bentuk cenderamata yang menarik
ataupun duit syiling/setem lama... Kebanyakan org di luar negara suka dengan keris dan
matawang melaka ataupun yg menjadi simbol sesuatu bangsa di Asia. Namun begitu
di auction site anda boleh mencuba mengikut kreativiti dan strategi anda sendiri. Boleh
search banyak auction site di Yahoo Directory
RahsiaEbiz.Com 2007
BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET
Saya pernah melelongkan Digicam lama yang sudah tidak dipakai lagi, tetapi ada sedikit
rosak pada tempat bateri. Bermula dengan RM1 bidding price dibuka menjadi RM100
dibeli oleh pembida yang berjaya. Daripada Digicam tersebut tersimpan dan berhabuk
dalam kotak adalah lebih baik ia dijual dan dapat duit semula. Ada juga orang menjual
barangan eksklusif termasuk jam dan topi yang ditandatangani artis atau selebriti. Apa jua
barangan yang rasa mempunyai nilai juga boleh diketengahkan di dalam auction site.
10. Jana Pendapa tan Melalui Social Site
Teknik ini antara yang terbaru di mana kita sebagai user akan menyumbangkan apa jua
content sama ada video, photo, text dan sebagainya, konsepnya lebih kepada social
site yang mempunyai ciri-ciri user-generated content, misalnya anda boleh buat duit di
Revver.Com dengan targetted ads yang disertakan bagi setiap video yang anda upload
di situ. Lagi banyak orang tengok lagi banyak boleh dapat duit. Selain itu boleh juga try di
Metacafe (producer rewards), Break.Com dan banyak lagi.
Selain video anda juga boleh share foto atau gambar dan buat duit melaluinya di
Scoopt.Com (sesuai untuk professional photographer) dan Stockxpert.Com. Ada banyak
lagi social site yang boleh beri anda peluang untuk jana pendapatan, cuma kena rajin
buat research lebih lanjut di sini. Buat duit dengan cara ini jika untuk newbie boleh la
secara sampingan dan tidak dijadikan yang utama. Namun bagi mereka yang aktif menjual
gambar dan foto bagi professional photographer maka mereka mempunyai peluang cerah
di Scoopt dan Stockxpert serta lain-lain tempat yang menyediakan peluang buat duit.
RahsiaEbiz.Com 2007
BUAT DUIT & CARI DUIT DENGAN INTERNET
KESIMPULAN DAN PENUTUP
Ada banyak lagi cara untuk buat duit dengan Internet berbanding 10 yang saya
senaraikan dalam ebook ini. Tetapi apa yang penting anda memilih cara yang mudah
dan bersesuaian dengan citarasa masing-masing. Ada orang minat melelong barang,
ada orang minat upload gambar dan video. Tak ketinggalan juga yang berminat membina
laman web dan grafik yang lawa atau jual produk/servis sendiri.
Kesemua jenis cara buat duit internet ini sekiranya digabungkan atau ditambah
kreativiti dan sentuhan resepi anda sendiri sudah tentu ia akan mendatangkan ‘passion’
iaitu keghairahan untuk melihatnya berjaya dan ‘menjadi’.
Yang penting usah rasa takut untuk memulakan Ebiz pertama anda, sebenarnya ia
merupakan satu proses perjalanan yang panjang dan memerlukan kesabaran.
Sekiranya anda masih newbie boleh rajinkan diri membaca tips dan panduan yang
disediakan oleh sifoo-sifoo Internet Marketers sama ada di dalam atau luar negara.
Paling mudah boleh dapatkan tips dan free stuffs di RahsiaEbiz.Com yang mana
disediakan khas untuk rakyat Malaysia.


Selamat Maju Jaya..
Wassalam.